Buat stop Motion..
February 23, 2008
Salam semua….. Hari ni aq dan group aq pg kampus, kta org pg awl nk siapkan stop motion yang c.imran srh buat…. semalam kta org blk lewat nk capture shot, ari ni kta org masuk voice over (VO)..pula..
skg ni kwn2 aq tgh masuk voice over tu……

Mencari Diri…
February 19, 2008
Dayang Mahirah
Mencari diri
Mencari pencarian tak berkesudahan
Tewas dan rebah
Aku bertatih dalam payah
Sesaat mengutip hakikat iman
Di situ sepi berlagu
Sesaat merungkai bait kalimah
Di situ tersirat hikmah alam
Dan perjalananku tanpa noktah
Mencari makna hakiki kasih dan redha ilahi
Mencari diri mencari makna hakiki
Selagi usia masih ada
Penuhi dengan amalan mulia
Manfaatilah ia dengan sepenuhnya
Untuk mendapat keredhaan dariNya
Terima kasihku ucapkan padamu TUHAN
Atas semua yang terjadi padaku
Atas peluang untuk hidup dalam dunia fana ini
Ini menunjukkan bahawa aku hanyalah
Seorang yang lemah dan naif.
Konvensyen Keusahawanan Islam iCEPS
February 19, 2008
Dyg Ku Mahirah Bt Awg Binting /18 feb 2008
NILAI- Konvensyen Keusahawanan Islam (iCEPS) 08 telah dilaksanakan dengan jayanya oleh pelajar tahun akhir Fakulti Ekonomi Mu’amalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Majlis penutupan bagi Konvensyen kali ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Haji Mohamad Bin Haji Hasan. iCEPS 08 telah berlangsung selama empat hari bermula pada 14 Feb sehingga 17 Feb bertempat di Stadium Tertutup Nilai.
Pengarah program, Mohd Nur Aqmal Mohd Sairi, 23, berkata, antara objektif iCEPS 08 adalah untuk mengetengahkan usahawan yang sedia ada khasnya bagi peniaga bumiputra disamping mengetahui teknik-teknik yang digunakan dalam perniagaan yang mereka jalankan.
“ iCEPS kali ini juga memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar-pelajar USIM untuk terlibat dalam aktiviti perniagaan sekaligus mengaplikasikan cara yang betul dalam menjalankan sesuatu perniagaan. Disamping itu juga para pelajar dan para pengunjung berpeluang untuk menyertai program-program yang telah disediakan,” jelasnya.
Tambah beliau lagi, iCEPS kali ini telah mendapat penyertaan yang menggalakkan dari para peniaga dan pelajar USIM sendiri. Sebanyak 140 tapak gerai yang beroperasi sepanjang konvensyen ini, 85 buah tapak terdiri dari peniaga luar manakala 55 buah tapak dari pelajar USIM.
Pelbagai program yang menarik telah disediakan sepanjang iCEPS kali ini, antara program tersebut adalah Seminar Keusahawanan, Pertandingan Nasyid, Pertandingan Tilawah Al-Quran, Kampen Derma Darah, Gerai Koridor Niaga, Auto Show, dan banyak lagi. Malam kemuncak iCEPS 08 adalah konsert “Gema Alam” yang menampilkan artis-artis nasyid Malaysia dan penasyid dari USIM. Read the rest of this entry »
sehari bersama wartawan
February 15, 2008
Pd 12 feb ari tu, aq dan k’kwn pg ke kosmo tuk settlekn asggmnt. kta org smpi kat situ awl pas tu kat org di kejutkan dgn satu statement dr editor Utusan cwgn seremban, dia kata dia pecahkan kta org kpd 4, it’s mean kita org kena pegi sendiri dengan wartawan tersebut. so aku telah ikut wartawan kosmo, iaitu Rais Yeop Johari. destinasi yg pertama kat org pegi kat Psr Bsr seremben, nk tengok harga brg sempena raya cina. abg rais tu suruh aq tnya vox pox ttg harga brg sebelum Dato rajagopalu, menteri perladaangan &komoditi seremban datang….
time ni la aq dpt tg tgk mcm mna wartawan bekerja…yg best nya aq diber peluang utk berdiri sebeleh dato tu dan berkesempatan utk merasa situasi ini…..

Program Penghijauan indahkan kawasan fakulti: Dekan FKP
February 15, 2008
Oleh DYG KU MAHIRAH BINTING
NILAI-‘Program Penghijauan Kampus’ telah diadakan dengan jayanya pada 30 Jan 2008, bertempat di kawasan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan(FKP). Program ini adalah antara aktiviti yang dianjurkan oleh FKP bersempena dengan Minggu Integriti. Program ini telah di hadiri oleh para pensyarah, kakitangan fakulti dan pelajar. Acara perasmian telah disempurnakan oleh Dekan Fakulti, Prof Datin Sri Dr Hajjah Mizan Adiliah Binti Ahmad Ibrahim.
Program penghijauan ini melibatkan semua pelajar FKP, para pelajar dikehendaki menanam pokok bunga dan menjaga bunga tersebut di kawasan angkat yang telah diberikan kepada mereka.
Menurut Dekan Fakulti, program penghijauan ini bertujuan untuk mengindahkan lagi kawasan fakulti dan tambah beliau,”Kita dapat mencantikan lagi pemandangan kawasan fakulti dengan bunga-bunga yang bewarna-warni, disamping itu juga para pelajar dapat memahami defenasi intergriti,” katanya berucap pada majlis perasmian program penghijauan kampus. Read the rest of this entry »
Best sangat…..
February 15, 2008
malam semalam aq & k’kwn pg forum yand d anjurkan oleh FEM sempena dengan program dioran iaitu ICEP… forum in berkaitan dengan cinta, ianya bersempena dengan tarikh 14 feb kononya hari utk org yg bercinta…Tp over all forum tu mmg best. Antara ahli panel yg dtg adalah ust.fauzi, ust irwan & ustzh nik salida…..
aq&ipah
February 4, 2008

pg aswara
February 4, 2008
Malam semalam b’bdk komm pg aswara tp x rami yang pg sb ramai dh balik kampung, kta org tgk p’sembahan dr kump getawarna dr indon….. best juga kta org tgk tarian lilin dan piring tp tarian 2 ada juga sence yg menakutkan……. over all ok la at least tau juga tarian dr jiran sebelah 2………..
Hari ni aq pg kampus, org lain semua dah balik kg cuti sem la katakan…. aq g kampus dan dorg k.ida, indah, lipa kta orang buat stop motion prof nk tgk lps cuti sem ni……………
satu lagi masalah yang sgt berat, aq kena buat features tp aq tak buat lg…….mcm mna ni.. tp tak pe lps ni aq try start….. I’ll try my best……
best…..
February 4, 2008
Ni gambo masa p’hijauan fakulti FKP