Wanita perlu hati-hati ubah wajah
March 28, 2008
WANITA dan kecantikan, sememangnya tidak dapat dipisahkan. Bohonglah sekiranya terdapat wanita yang tidak ingin dirinya kelihatan cantik, menawan, dan anggun, malah demi menjaga kecantikan diri, golongan ini sanggup melakukan apa sahaja.
Wang ringgit bukan lagi menjadi isu penting, malah ada yang sanggup berhabisan ribuan ringgit demi kepuasan diri. Read the rest of this entry »
Lelaki kulit gelap dianggap lebih seksi
March 28, 2008
Warna kulit adalah daya penarik setiap individu biarpun hakikatnya, cita rasa wanita dan lelaki terbukti berbeza – lelaki sukakan wanita berkulit cerah, manakala wanita lebih meminati lelaki berkulit gelap.
Lelaki mengaitkan warna kulit putih itu dengan lambang kesucian, perawan, baik, budi pekerti mulia dan lemah.
Wanita pula menganggap lelaki kulit hitam sebagai penuh misteri, rakus, bahaya serta ada tarikan seks. Akhbar Daily Mail melaporkan semalam, ia hasil kajian terbaru sekumpulan saintis Barat di Universiti Toronto, Kanada, yang merumuskan lelaki yang berbeza latar belakang dan keturunan, mempunyai persamaan dari segi meminati wanita berkulit cerah, berambut perang yang dianggap paling menawan.Wanita sebaliknya melihat lelaki berkulit gelap – daripada sawo matang kepada kulit hitam sebagai paling menarik.
“Kajian kami mengesahkan persepsi mengenai warna kulit bukan sekadar tanggapan, tetapi hakikat. Warna kulit menjadi daya penarik dan antara ciri utama rujukan sosial. Boleh dikatakan, apa yang dianggap sebagai mitos kini menjadi fakta,” kata Dr Shyon Baumann, ahli sosiologi yang terbabit dalam kajian itu. Katanya, kajian itu membabitkan penyelidikan ke atas 2,000 gambar iklan yang dipilih berdasarkan model yang dianggap ramai responden daripada pelbagai latar belakang berbeza, sebagai paling menarik di mata mereka.Model wanita yang menjadi pilihan itu mempunyai kulit putih 15.2 peratus lebih cerah berbanding model lelaki kulit putih, manakala wanita kulit hitam pula 11.1 peratus lebih cerah daripada lelaki kulit hitam yang dipaparkan.
“Lelaki amat tertarik kepada selebriti kulit putih seperti Nicole Kidman dan Kylie Minogue yang dianggap mempamerkan ciri mulia dan baik. Ada juga lelaki yang sukakan wanita berkulit gelap seperti aktres Monica Belluci berbanding aktres kulit cerah, Michelle Pfieffer hanya kerana wanita berkulit gelap itu dianggap lambang kerakusan,” katanya. “Wanita sebaliknya, memilih lelaki lebih gelap seperti aktor popular Johnny Depp, Colin Farrell serta Jamie Foxx yang didakwa memiliki tarikan seks tersendiri, misteri, ganas dan bahaya.”
Malah, antara bukti kewajaran andaian itu adalah berdasarkan pencapaian dua aktor yang tersenarai – Colin Farrell dan Jamie Foxx berpasangan dalam filem terbaru Miami Vice yang berada di carta atas biarpun menerima ulasan dan kritikan yang kurang menarik. “Kajian ini membuktikan di dalam budaya kita sendiri sudah wujud satu rujukan tertentu bagaimana seseorang wanita itu perlu tampil dan membawa diri mereka.” – Agensi
SO WHAT DO YOU THINK???(,”)
Pelik tapi benar….
March 28, 2008
Hari ni saya telah terbaca satu berita yang pelik sikit,kejadian ini berlaku kat Amerika Syarikat (AS), seorang bapa sanggup ‘memanggang’ bayi perempuannya menggunakan ketuhar gelombang selama 20 saat.
Akibatnya bayi malang in mengalami kebakaran peringkat kedua dan ketiga yang mengakibatkan bayi ini terpaksa menjalani dua pembedahan kulit dan yang lebih buruk lagi telinga kanan terpaksa dipotong.
Daripada kejadian ini kita dapat tengok betapa teruknya keadaan pd masa kini..seorang bapa sanggup melakukan perkara yang buruk kepada darah dagingnya sendiri… FIKIR- FIKIR KAN LAH…..
aku &kwn2
March 25, 2008
Contohi peribadi unggul Rasulullah
March 21, 2008
KUALA LUMPUR 20 Mac – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam di negara ini mencontohi keunggulan peribadi Rasulullah dalam melaksanakan Read the rest of this entry »



