Sweet Things…

May 28, 2012

 

TANGGAL 27 Mei memberikan pengalaman baru terhadapku, kisahnya bermula ketika aku membuat rutin harianku untuk berkerja, seperti biasa aku menaiki bas awam dan seperti selalu sebelum duduk di sebelah kerusi yang memang sudah ada penumpang aku akan bertanya: “ada orang duduk di sini?”. Soalan yang sama telah aku ajukan kepada seseorang, dan dia hanya menggelengkan kepalanya, dan aku pun duduk di tempat itu, tidak lama kemudian dia bersuara : “I’am sorry I don’t understand what are you talking about, coz I new here,”. Aku tersenyum lantas menjawap: “I’am sorry too”.

Lalu aku pun memulakan perbualan dengan seorang warganegara Filipin yang menurutnya dia berkerja di sini sebagai buruh binaan dan dia dengan selesanya menceritakan mengenai dirinya, dimana dia  terpaksa meninggalkan isterinya dan empat anak perempuannya untuk mencari rezeki disini. Betapa besar pengorbanannya yang terpaksa meninggalkan Negara asalnya untuk mencari sumber pendapatan di sini.

Dan ceritanya bertukar kepada bencana yang menimpa keluarganya sewaktu taufan berlaku di kawasan kediamanya, yang telah merosakkan keseluruhan rumahnya. Menurutnya sewaktu kejadian taufan itu berlaku dia berada di Korea atas urusan kerja. Tersentuh hatiku mendengar ceritanya, sungguh ianya memberikan banyak pengajaran kepadaku meskipun perbualan kami tidaklah selama mana.

Ok cukup untuk cerita  pertama, sekarang masuk cerita satu lagi….

Begini ceritanya, oleh kerana ada rakan sekerjaku yang mengambil cuti, maka kami terpaksa berkerja   (membuat page) lebih banyak seperti yang kebiasannya, oleh kerana banyak page yang dibuat, maka aku siap lebih lewat iaitu pada jam 7 lebih, waktu-waktu ini adalah sangat kritikal kerana kebiasannya hujung minggu bas sukar untuk didapati, dan aku sampai diterminal bas dalam jam 7:30, sewaktu aku sampai aku terserempak dengan kondaktor bas, lalu aku bertanya  “bas sudah teda ka” , dia dengan cepat  berlari mengejar sebuah bas yang baru sahaja bergerak menuju  ke luar terminal, dan terdapat suara-suara yang menyuruh aku mengikut kondaktor itu, aku pun menurut kata orang itu, tetapi aku hanya berjalan dan bukannya berlari seperti kondaktor tadi, dan Alhamduliliah bas itu dapat dihentikan, dan aku dapat menaikinya.

Masalah seterusnya ialah apabila  hendak duduk, ternyata semua kerusi yang ada telah dipenuhi penumpang, dan aku secara spontan berkata: “mahu duduk di mana ni?”, lalu ada seorang hamba Allah yang baik hati yang sudi memberikan aku tempat duduknya, sebetulnya memang tidak ada kerusi yang kosong,  nasib baik kerusi dihadapanku itu diduduki oleh dua orang lelaki, dan hamba Allah yang baik hati itu juga seorang lelaki, maka mereka tidak kisah untuk berkongsi kerusi  yang sepatutnya untuk dua orang penumpang kini diduduki oleh tiga orang.

Apa yang membuat aku serba salah ialah, hamba Allah itu hanya dapat duduk setengah dari keseluruhan badanya, sungguh ketika itu aku amat rasa bersalah, dalam hati aku berdoa semoga Allah memberikan balasan yang baik atas budi baiknya kepadaku.

Dan aku sepanjang perjalanan memang berhasrat untuk mengucapkan terima kasih kepadanya, atas jasa baik nya kepadaku, dan Alhamdulilah ketika dia sampai ke destinasinya, aku sempat mengucapkan terima kasih kepadany…lega rasanya..

Ya Allah aku bersyukur atas segala nikmat yang telah kau berikan kepadaku…amin

Kembali Aktif

May 27, 2012

 

SETELAH sekian lama tidak mencoret  dalam blogku, tiba-tiba hati ini terpanggil untuk ‘mengaktifkan’ semula Umaira blog ini. Dek kerana kesibukan tugas dan ketiadan internet  antara faktor kenapa blog ini ‘terbiar’.

Baiklah, apa yang saya mahu tulis untuk entry kali ini adalah berkaitan tugas saya sebagai Sub-Editor,  hampir setahun lebih saya telah menjawat jawatan ini, dan setiap hari (kecuali hari Khamis, coz time ni saya off) saya akan melakukan rutin yang sama, iaitu translate news, design layout dan recheck… apa yang berbeza hanyalah berita dan design layout itu sendiri.

Kadang-kadang jauh disudut hati berasa ‘bosan’ dengan rutin yang sama ini, namun akal cepat menyatakan, dalam kerja tidak boleh ada perasaan bosan, ini kerana duit gaji yang kita terima adalah dari kerja yang kita buat. Lagipun, pada masa ini susah mahu mencari  kerja ya  yang layak dengan kelulusan akademik yang kita miliki. Jadi apa yang saya boleh buat, terus bersabar dan berdoa semoga dimurahkan rezeki dan dapat kerja yang lebih baik dari apa yang saya ada pada masa ini…amin.

Ok lah, rasanya itu saja buat masa ini, InsyaAllah next time saya akan mencoret lebih bayak lagi.

Aku & Dia..huhu

March 18, 2009

Salam…
RISAU dan BIMBANG….
Itu yang kurasakan pada masa kin…Aq tengah memikirkan masalah yg kurasa sepatutnya aq buat dari dulu lagi tapi sampai sekarang ia hanya bergerak sedikit sahaja daripada yang sepatutnya…

Apa sudah jadi ni…sepatutnya Aq tidak mengambil mudah perkara ini kerana ia berkait dengan masa depan ku kelak….

Adui pening kepala ku memikirkan nya..kadang2 terfikir di benak ku, aq ni mcm main2 je pasal masalah satu ini..Aq sering kali mengambil alasan disebabkan aq sdg menjalankan kerja praktikal yang menyebabkan aq melupakan @ meninggalkan kerja yang satu ini..Jahatnya Aq

Rasa Risau dan Bimbang itu kini menjadi satu kerana Aq sedar waktu itu tinggal sedikit sahja namun Aq masih tidak melakukan apa2 pn…Apa sdh jadi ni Maira…

Apa2 pn Aq harap selepas ini aq akan cuba mengerakkan juga kerja ku itu…

Kerja yang ku maksudkan itu tidak lain lagi adalah ‘TESIS’ huhu….

Al-Kisah……

March 9, 2009

Salam…
Hari ini aq ada asgmnt dkt Kuang, ada sambutan Maulidur rasul..klu ikut jadual aq kena cover kul 2ptg…

Nasib baik la ada van disediakan…so aq pn pegi la tpt tu…sampai ja kt ctu x de org dah..aq tanya la org dkt ctu dorg kata sambutan nya dh di buat pagi tadi…Nasib badan..huhu

So, ari ni aq teda asgmnt..just jln2 area Kuang..huhu

Kesabaran ku teruji….

March 7, 2009

Salam…
Sekadar meluahkan..
Kesabaran ku di uji olehmu..kenapa kau buat begitu… tahukaha kau aq juga manusia seperti mu….

Namun Aq bersyukur Allah masih lagi memberikan aq akal untuk berfikir selogik yng mugkin dan aq masih lagi boleh bersabar walaupun pada masa itu tahap kesabran yang ada pada ku sangat nipis sekali…..

Lumrah dunia, kita sering kali diuji dengan pelbagai dugaan…Aq berharao apa pun dugaan yang menimpa kepadaku Aq harap aq dapat menerima nya…Amin..

”Ya ALLAH Yasir Wala tu Asir…Amin”

Bila la praktikal ni habis!!!

February 28, 2009

Salam…
Aq sedang menghitung hari bila la paraktikal ni nk abis…cepat la masa berlalu…aq dh x tahan dgn kitaran hidupa aq Sekarang…Klu blh aq nk belajar kt kampus je…

Fikir-fikir balik x blh jg praktikal ni salah satu syarat tuk grade..so aq kena tahan jg…..

Selain masalah praktikal ni aq juga tgh memikir hala tuju TESIS aq yg x beroperasi lg..huhu

Adoi….pening kepala mcm mana ni…….

Hope sume benda ni dpt aq settle dgn baik…AMIN…

Aku dalam keboringan

February 16, 2009

Salam….
Boring…..ari ni aq x kluar assgmt…aq kena wt follo up call DBKL tp aq x dt wt story coz dorg ckp benda yg kena wt ni kena bincang dgn Datuk Bandar dulu…huhu

Pastu aq wt follow up psl MBPJ jg, yg ni pun kena call jg..smpi skrg x kol2 aq lagi..ada ka patut…ishh

So aq pn ambil peluang m’update blog ku ni….

Apa yg pasti skrg ni aku dalam KEBORINGAN yg teramat sanga….huhu.

Salam….

January 20, 2009

Lama dh Aq x update blog…Minggu ni msk minggu ketiga Aq praktikal Kt Utusan Malaysia..So far ok la cuma kadang-kadang x de assigmnt tu terpaksa ddk kt ofis je buat ‘Siaran Akhbar’..

Setakat ni story aq yag ada BYLINE baru satu je yag kluar tu pun masa Aq cover Sidang akhbar yang dianjurkan oleh pddk Segambut gesa DBKL bagi duit RM300 yang dijanjikan oleh BDKL time Banjir Kilat kt KG tu…..

hari ni Aq ada asgmnt kt LRT Masjid Jamek, RapidKL dengan Kerjasama IRM lancarkan Tabung Gaza ari ini….

Story nya Aq dh bt dh, tp x tau la mcm mana… heheh.

K la tu ja Aq nk share time ni, nt klu ada cite yg BEST aq akan mengaktifkan BLOG Aq ni K….

BYE…(,”) Salam…………

Praktikal…

January 6, 2009

Salam….

Hari ni second day aq kt Utusan…Aq ditempatkan kt desk KOTA atas permintaan Aq sendiri..hehe. bukan apa aq saja je nk try mcm mna nk cover story kat desk ni….

K.ida & k.pja duduk kt General desk, mala pula kt desk crime. so skrg ni Aq tgh tunggu bos kat desk aq nk lapor diri..

Minta2 la Aq dpt sesuaikan diri kt desk baru ni…Amin….

Tuk k’kwn ku sume Selamat Berpraktikal ye….Bye Salam….

Salam terakhir….

December 5, 2008

Salam..

Anda yang membaca title yg aku tulis jgn terkejut erk.. sja je bagi tajuk yang ‘catchy’ sikit..hehe. Actually tajuk tu sebenarnya refer kpd Aq akan meninggalkan blog ni utk tempoh yg agak lama jg coz Aq akan bercuti ( padahal cuti dh lama start), tp aq x balik rumah aq kt sabah pn disebabkan masalah2 tertentu. Cuti ni aq ikut balik rumh k.ida kt melaka.

Lepas je abis cuti tu nanti, kmi bdk comm akan m’jlani LI (Latihan Industri) a.k.a. Praktikal..so sume2 kmi ni akan ‘bertebaran’ dalam bidang Mass Media, apa tidaknya ada kawan2 aq yg g astro, Media Prima (Tv3 and seangkatan dgnya), Bernama, Jakim dan tidak di lupakan Utusan Malaysia merangkap tpt aq dan kwn2ku praktikal.

Sedih sebenarnya nk tgglkn kampus ni, sem depan x de dh kuliah, tutorial, assigmnt, presentation and so on. secara x langsung putaran hidup ku akan turut berubah, klu sblm ni blh lagi nk escape dari kuliah( jarang je bt) sambil lewa time bt keja, byk main2, byk ketawa dgn kwn2, melepak( kt play ground dan rumah k.ida), sedihnya…. pas tu susah nk jumpa kwn2 lain.

Apa2 pn aku kena accept semua perubahan yang akan berlaku dalam kitaran hidupku in slps aq abis bercuti. Bak kata pepetan ni ‘ We never TRY we never Know’ so aq kena biasa kn diri lah kn…

PPRAKTIKAL..

Sebut je psl praktikal ni mesti otak aq rasa lain mcm je.. mcm2 yg t’lintas kt otak aq, apa x nya nt pg cover assigmnt nt mst g sorang2, pas tu confirm ssh nk cari tpt Aq ni bknya terror sgt tpt2 kt Kl ni…..

So maira..nampaknya kena ambik sume ni as a ‘challenge’ ok…so tuk kwn2 ku sume slmt maju jaya..And remember this:

There is ALWAYS a FIRST TIME for EVERYTHING

WE should’t be AFRAID to try NEWTHINGS

BE A RISK TAKER……….(,”)

KENANGAN TERINDAH…

Tuk kwn2 sume abadikan kenangan kita bersama k…BYE…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.